Tahun ni aku akn masuk 23 tahun..
Aku rasa mcm baru TAHUN aku menangis xnak ke taska sb takot dgn ckgu..
Aku rse mcm baru BULAN lepas ckgu tadika aku menangis dtng sklh ckp dia kne ragut
Aku rse mcm baru MINGGU lepas aku jalan letak tgn atas bahu kawan depan mse ckgu drjh 1 bwk ktaorng pusing keliling sekolah utk hari orientasi..
Aku rse mcm baru 2 HARI LEPAS ckgu sekolah menengah aku dtng tnya, "awk ni wakil sape yea" mse hari anugerah pljar cemerlang
Aku rse mcm baru KELMARIN aku dgn mak aku pergi ke shahputra utk mendaftar
Aku rse mcm SEMALAM aku baru berjln bersama2 semua kwn shahputra, sesat bersama2 mse nak ke kelas masa hari pertama kami mendaftar di UiTM Shah Alam.
Hakikatnya bulan 3 ni aku dah akn mula masuk ke alam pekerjaan..
Jika beberapa tahun lepas semua orang menyangkakan bahawa aku akn jatuh tersungkur di bumi Shah Alam, kini aku rasa aku berjaya.. Aku berjaya membuktikan disebalik perwatakan manja ini aku juga mampu berdikari.
Setiap tahun aku melalui fasa demi fasa yang baru, fasa yang lebih mencabar selaras dengan peningkatan usia aku.. Cabaran serta dugaan yang datang bukan sahaja mewarnai hidup aku bahkan memberi aku pengajaran serta menguatkan aku untuk terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Aku berharap agar satu hari nnti aku akn menjadi manusia yang berguna, manusia yang berjaya.
Aku ingin balas semula semua jasa ibu bapaku.. Aku ingin mereka lihat, aku juga mampu berjaya seperti kakak dan abg ku..
Monday, January 28, 2013
Fasa ke-23
Posted by Aja at 8:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment